Ahad, 25 Mac 2012

Santubong Sarawak

Sebelum ni aku dah crita tentang Semporna dan Kundsang Sabah. Itu semua cerita lama..tahun lepas....Ini cerita baru..cerita hujung tahun lepas..(eh..tahun lepas jugak rupanya..he2)..ni cerita penutup tahun lepas..masa cuti sekolah hujung tahun..Destinasi...???

Setelah menilai keadaan kewangan, keselamatan dan peruntukan kenaikan gaji..dan melihat kepada pelbagai aspek kemampuan..wah2..aku ambik keputusan nekad..he2..untuk bercuti ke Bali Indonesia Santubong.... haha..dekat je...perjalanan ambik masa 20 jam, minit dari Bandaraya Kuching..he2..Walaupun dekat..yang penting bahagia..he2 ada pantai..sebab aku suka sngat kalau bab2 pantai ni....One santubong Resort. Yang lebih menarik pastinya Gunung Santubong yang terkenal dengan lagendanya yang tersendiri..Puteri Santubong..

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18. 

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.

Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.

Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang? (sumber : ijad_adiputera)



Sejauh mana kebenaran cerita tersebut tidak dapt dipastikan..Samada mitos semata2 atau ada kebenaran disebalik lagenda tersebut..apapun janji dapat tgok gunung tu dengan mata kepala sendiri..

sewaktu sampai..lbh krg pkul 5.30 petang..mmg ramai pengunjung...
 Pantai mmg cantik..tapi ombak besar la pulak.. anak sapa la duduk sorang2 tu..eh anak dara aku rupanya..he2
 memandangkan anak2 aku ni tak reti berenang lagi..aku sarankan diorang berenang kat sungai kecil tu..
 Keindahan flora dan fauna berlatar belakangkan Gunung Santubong..alamak..tak nmpak la pulak gunung ni..









Ni lah gunung Santubong..pemandangan dari kampung berhampiran..kampung apa ntah..lupa plak..


Khamis, 22 Mac 2012

Kundasang Sabah


Kali ni..aku nk kongsi tentang perjalanan aku dan keluarga aku ke Kundasang Sabah masa cuti skolah tahun lepas..bukan tahun ni..tahun ni bajet kurang..he2. Kundasang terletak di kaki Gunung Kinabalu. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang guna jalan darat ambik masa lbh kurang 2 jam..Kalau ada kawan2 yang nk pergi boleh la ambik kereta sewa dari Kota Kinabalu..drive sendiri lagi seronok sambil melihat banjaran Croker di sepanjang perjalanan..rasaya smeua tau, gunuung kinabalu merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan yang ke5 tertinggi di Asia..kawan2 boleh la menginap kat Perkasa Hotel kalau nk tgok puncak Gunung Kinabalu dengan jelas pada awal pagi..


Pasar tamu Kundasang yagn terletak di bawah kaki  Gunung Kinabalu. Macam2 jenis sayur dan buah -buahan menarik ada kat sini kecuali buah hati..he2
Ini pulak kinabalu Pine Resort yang terletak berhampiran kaki gunung.
Salah satu pemandangan dari bilik Perkasa Hotel

Pemandangan puncak Gunung Kinabalu dilihat dari anjung Perkasa Hotel
Satu lagi pemandangan indah puncak Gunung Kinabalu dilihat dari anjung Perkasa Hotel
Ni satu lagi pemandangan dari anjung Perkasa Hotel. Punya susah aku menyorok2 bwh anjung nak carik angle menarik..walau tak tau sngt ambik gmbar..buat2 pro je lah..he2..akhirnya dpt juak pic cantik nie..








Ni la kereta yang aku sewa g Kundasang..eh silap upload la pulak..he2..
Aaa..ni baru betul..kereta sewa yang aku pakai sepanjang 4 hari di Kundsang Sabah..
Salah satu perkampungan yang terletak berhampiran Kundasang Sabah.

Ni pemandangan jalan raya utama dan lembah gunung dari Kinabalu Park. bukan lembah bujang..he2
Ni pulak gmbar kat Kinabalu Park. Kalau ada kawan2 yang nk pegi mendaki..boleh lah terus ke sini..aku memang surrender awl nk mendaki..bukan sebab tak larat..tapi tgoklah rakyat aku..he2..
Salah satu chalet yang terdapat kat Perkasa Hotel. kalau yang pergi dengan family macam aku..inilah penginapan yang sesuai dan romantik..harga pun kira romantik la..hihi..

Rabu, 21 Mac 2012

Semporna Sabah

Tempat jatuh lagi dikenang..inikan pula tempat jatuh cinta.... he he... Semporna Sabah adalah tempat pertama aku carik rezeki...Cuba korang tgok URL blog aku kat atas tu..he2..ada makna tersendiri tu..Pertama kali rasa makan gaji disini..Tempat yang cukup indah..6 thn lebih menyumbang bakti..huk2..banyak suka duka dan kenangan..Walaupun skrang ni telah berpindah ke Sarawak...rindu tertinggal la pulak..hihi..rindu akan rakan-rakan, kenalan dan kenangan mengusik jiwa....hehe..aku dan keluargaku kembali mengunjungimu....Semporna Sabah. Dengan keunikan kaum Bajau Laut, menjadikan Semporna antara destinasi pelancongan yang mendapat tarikan dari dalam dan luar Negara selain memilki pulau2 yagn indah dan unik. Semporna juga dianugerahkan 5 tempat menyelam bertaraf antarabangsa yagn menjanjikan kepuasan kepada para penyelam. Antaranya adalah Pulau mabul, Pulau Kapalai, Pulau Sipadan, Pulau Mataking dan Pulau Sibuan...he2..mcm pemandu pelancong la pulak cerita aku ni..he2..Cerita panjang sangat takut korang boring pulak membaca..jadi kalau ada rezeki lebih, datang lah bawa family ke sini..Indahnya Kehidupan




Hero2 aku ni possing depan Seafest Hotel. Hotel ni terletak kat tepi laut..



.Ni Salah satu pemandangan yang dirakam masa bgun pagi dari Seafest Hotel
Yang ni pulak..satu lagi resort yang dibina diatas laut..Dragon Inn Floating
Antara makanan menarik yang terdapat kat Dragon Inn Floating Semporna. Udang Kara..sedap ni..slupp!!

Sumber inspirasi

Alhamdulillah..akhirnya blog ini dapat jugak disiapkan walau aku ni tak mempunyai pengetahuan khusus mengenai cara membuat blog..Atas daya usaha serta keinginan untuk mengetahui serta rasa ingin berkongsi mengenai Indanhnya Kehidupan Ini, akhirnya blog ini dapat juga disiapkan atas idea dan sumber inspirasi isteri tersayang..walau blog ni tak lah secantik isteri aku...he2..tp kira ok la kan..sbb ni kali pertama buat blog sendiri..Kepada blogger2 di luar sana yang ingin memberi ilmu dan berkongsi mengenai dunia blogger..amat dialu -alukan.