Isnin, 2 April 2012

12 Tempat Dengan Pemandangan Terindah Di Dunia


Salam manis..Salam Keindahan..Entry2 yang lepas aku cerita tentang perjalanan aku dan family kat tempat-tempat menarik Sabah dan Sarawak..tempat yang orang lain pun biasa pergi..he2..yang penting Indah itu terasa..wah!..yang syoknya aku..orang yang bacanya pulak..entah2 keboringan.. he2..jadi kali ni..aku bawakan info-info keindahan dunia untuk korang..InsyaAllah akan di update dari masa - ke semasa. Kebanyakan info aku ambik dari laman web berkaitan dan wikipedia. Sekadar berkongsi pengetahuan dan ilmu..Saksikan!! 12 Tempat Dengan Pemandangan Terindah Di Dunia..

1. Puncak Himalaya di Tibet
Di satu tempat di puncak dunia!!..Puncak Himalaya di Tibet adalah titik tertinggi kat planet ni..dalam kata lain..puncak ini merupakan tempat tertinggi di dunia.








2. Langit Alaska
Sinar Aurora Borealis yang "spektakuler" di langit Alaska (hujung utara Amerika,dekat Kutub Utara). Aurora sebenarnya adalah cahaya natural di angkasa yang terjadi akibat ledakan partikel-partikel medan magnet bumi dengan atom dan molekul dari atas atmosfera bumi. Warna utamanya adalah hijau dan merah dan dapat dilihat pada waktu malam..








3. Benteng Chittogarh, India
Chittorgarh Fort dianggap sebagai benteng terbesar di India dan yang terbaik di Negara bahagian Rajasthan. Benteng ini dibina diatas bukit seluas 2,8km2 (1.1 mil²) pada abad ke-7 Masehi. Raja yang membangunkan dan membinanya adalah Iwan FalsRawal dengan tujuan sebagai hantaran maskahwin kepadai puteri Solanki..memang hebat mas kahwin nya kan!!










4. Cinque Terre, Riviera
Cinque Terre , Riviera , adalah salah satu tempat indah dan menjadi tumpuan di Itali. Kota yang terkenal keindahannya ini dibangun selama ratusan tahun, dan keunikannya tetap terjaga.. Makanan laut disini juga sangat istimewa,kerana kedudukannya yang terletak di pinggir laut Mediteranian










5. College The Valleyfield
Sebuah kampus pendidikan di Quebec , Kanada, dengan pemandangan yang cukup menarik. kampus yang tiada duanya di dunia.


















6. Machu Picchu Peru
Machu Picchu,kota dari peradaban Inca yang hilang. Letaknya di Lembah Urumba, Peru. Terletak di puncak gunung dan setinggi 2430 meter dari aras laut. Tempat ini dibina ketika puncak kejayaan peradaban mereka, iaitu pada sekitar tahun 1460-an














7. Massif De La Chartreuse
Sebuah tempat batu-batuan di pergunungan Timur Perancis.


















8. Laut Arktik
Bayangkan.. berdayung santai di laut Arktik yang sejernih Kristal dan berada di wilayah Kutub Utara Bumi...bayangkan berdayung sahaja ya...bukan guna enjin sangkut..he2













9. Petra
Petra , adalah kota yang dibentuk di dalam sebuah gunung batu di Yordania.Tempat ini awalnya dibina 100 tahun sebelum Masehi oleh bangsa Nabatean. Petra dulunya berkembang menjadi pusat perdagangan yang makmur di zaman Romawi kerana kedudukannya yang terletak di Tanah Arab . Didalamnya juga dikatakan terdapat aliran sungai bawah tanah yang airnya berlimpah.














10. Gunung Tungurahua, Ekuador
Tungurahua (tenggorokan), rahua (api): "Tenggorokan api") adalah sebuah gunung berapi aktif di Ekuador. Terletak dekat Central Cordillera di Andes Ekuador, gunung ini meletus pada Agustus 2006. Tingginya 5.023 meter dan di dekatnya terdapat beberapa gunung berapi lain seperti Chimborazo.











11. Oasis In the Middle of Nowhere
Oasis bernama Huacachina ini dikenal sebagai ‘oasis of America’. Terletak di tengah Gurun.






















12. Jambatan Milau di Paris
Paris mempunyai satu lagi ikon iaitu jambatan tertinggi di dunia yang mana ketinggiannya lebih tinggi dari Menara Eiffel dan menembusi awan! Bayangkan kita melaluinya dengan memandu kereta....mesti rasa macam juruterbang kan.. Jambatan bernama Millau ini melintasi Sungai Tarn dan lembah-lembah pegunungan Massive Central. panjang jambatan ini hingga 2.5 km dan tingginya 340 meter (lebih tinggi 16 meter dari Menara Eiffel), Pembinaan jambatan ini telah dirancang dengan kekuatan tahan gempa bumi oleh seorang arkitek Inggeris bernama Norman Foster.









3 ulasan:

  1. Betapa indahnya dunia ciptaannya..

    BalasPadam
  2. best kan....klu le dapat pergi tempat2 ni....huhuhuhu.....mesti syok giler....dpt tgk pic pun dh separa giler...keh2....tq la...baru ler tau...yg tau hanya jambatan kat paris tu je...hehehehe.

    BalasPadam
  3. tq kak mun..insyaALLAH ada rezeki bleh le pegi..tak mustahil tu..tp jgn giler dulu sb klau dah giler mcmne nk gi..kan..kan

    BalasPadam