Ahad, 25 Mac 2012

Santubong Sarawak

Sebelum ni aku dah crita tentang Semporna dan Kundsang Sabah. Itu semua cerita lama..tahun lepas....Ini cerita baru..cerita hujung tahun lepas..(eh..tahun lepas jugak rupanya..he2)..ni cerita penutup tahun lepas..masa cuti sekolah hujung tahun..Destinasi...???

Setelah menilai keadaan kewangan, keselamatan dan peruntukan kenaikan gaji..dan melihat kepada pelbagai aspek kemampuan..wah2..aku ambik keputusan nekad..he2..untuk bercuti ke Bali Indonesia Santubong.... haha..dekat je...perjalanan ambik masa 20 jam, minit dari Bandaraya Kuching..he2..Walaupun dekat..yang penting bahagia..he2 ada pantai..sebab aku suka sngat kalau bab2 pantai ni....One santubong Resort. Yang lebih menarik pastinya Gunung Santubong yang terkenal dengan lagendanya yang tersendiri..Puteri Santubong..

Puteri Santubong & Puteri Sejinjang adalah merupakan puteri-puteri Sultan Brunei yang telah melarikan diri bersama 7 orang saudara lelaki mereka kerana ayahanda mereka (Sultan Brunei) telah dibunuh oleh satu komplot sekitar abad ke-18. 

Memandangkan 9 orang putera & puteri ini dalam pelarian ingin menuju ke Tanah Melayu yang memaksa mereka menyeberangi Laut China Selatan, maka saudara-saudara lelaki mereka telah bersepakat untuk meninggalkan 2 orang saudara perempuan mereka, Puteri Santubong & Puteri Sejinjang di satu kawasan yg kini terletak di Kuching.

Kedua-dua puteri tersebut akhirnya mencari tempat perlindungan di sebuah gunung yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong. Dan kerana berlaku perbalahan di antara dua beradik tersebut, maka Puteri Sejinjang telah mencari tempat perlindungan lain di sebuah gunung yg bertentangan dengan Gunung Santubong iaitu Gunung Sejinjang.

Bagi orang-orang Dayak di Sarawak yang selalu ke kawasan dua gunung tersebut mula berasa hairan. Mereka berfikir akan dari mana datangnya kedua-dua gadis tersebut yang mereka tidak pernah temui sebelum itu di kawasan tersebut. Mereka menganggap kedua-dua puteri tersebut telah 'Turun Dari Kayangan' (seperti yang terdapat di dalam lirik lagu Puteri Santubong - "anak dak dewa turun kayangan".

Sementara itu, 7 orang bersaudara (putera-putera Sultan Brunei) itu pula dikatakan meneruskan pelayaran mereka sehingga ke Pulau Pinang. Setelah mendarat dan berjalan untuk mencari tempat tinggal, sesampainya di suatu kawasan di Pulau Pinang, burung bayan yang mereka bawa dari Brunei telah terlepas. Maka dari situlah kawasan di mana burung bayan mereka terlepas mula dikenali sebagai Bayan Lepas.

Kini, keturunan dari 7 orang putera Sultan Brunei itu masih menetap di kawasan tersebut dan sebahagiannya telah berhijrah ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia ini. Cuma keturunan mereka ini tidak lagi memakai sebarang gelaran atau panggilan di depan nama mereka seperti Pengiran atau Datu. Mungkin 7 orang Putera tersebut tidak mahu lagi mengunakan gelaran tersebut agar kumpulan komplot yang membunuh ayahanda mereka itu tidak akan dapat menjejaki mereka dan keturunan mereka lagi. Namun, keturunan 7 orang putera tersebut kini masih percaya yang mereka sememangnya adalah dari keturunan Sultan Brunei. Cuma apa yang mereka hairan dan musykilkan ialah mengapakah nenek-moyang mereka terpaksa melarikan diri dari Brunei hingga sejauh ke Pulau Pinang? (sumber : ijad_adiputera)



Sejauh mana kebenaran cerita tersebut tidak dapt dipastikan..Samada mitos semata2 atau ada kebenaran disebalik lagenda tersebut..apapun janji dapat tgok gunung tu dengan mata kepala sendiri..

sewaktu sampai..lbh krg pkul 5.30 petang..mmg ramai pengunjung...
 Pantai mmg cantik..tapi ombak besar la pulak.. anak sapa la duduk sorang2 tu..eh anak dara aku rupanya..he2
 memandangkan anak2 aku ni tak reti berenang lagi..aku sarankan diorang berenang kat sungai kecil tu..
 Keindahan flora dan fauna berlatar belakangkan Gunung Santubong..alamak..tak nmpak la pulak gunung ni..









Ni lah gunung Santubong..pemandangan dari kampung berhampiran..kampung apa ntah..lupa plak..


1 ulasan: